Story Intro Linkies FACEBOOK ASK.FM HOME Follow


About♫
Da'ownerღ

So happy to have you in here and hope you feel like it is your own. Thankyou for visiting this blog. May you get something here :)

Talk Here♫
Da'chatboxღ


Credits♫
Thanks thereღ

© 2013 - Full Template by αηυgєяαн and ѕαℓѕα.
Basecoby by αяяιєη.
Edit by αмιє тяαℓαℓα.
Graduation Day x Classmates•
Saturday, October 18, 2014 | 0 Floatlights

Happy holiday! Esok cuti ohyeah. Well. Setelah 4 bulan meninggalkan dunia blog. Kambek kejap. Nak update benda penting.

Hari graduasi, dah. Jadi.. tinggal dalam 16 hari untuk sekolah, belajar dalam kelas. Lepas 16 hari tu, semua dah SPM. Okay, lepas tu bawa haluan masing-masing.
Korang akan rindukan suara comel aku. Okno.

Seriously aku akan rindukan korang.
The moment kita main belon air, kerusi menyanyi(?). Hm. Hm. 
Time science, bila cikgu tanya "Kenapa.. bla bla." And kita jawab "Kuasa Allah.." dengan muka redha. 

And main panjang pendek tinggi rendah sampai panjat atas meja. Lmfao.
Ingat tak time trial SPM subjek Ekonomi Asas. Soalan susah nak mati. Seriously. 
Sampai tudung Asheera dah macam orang gila. Sampai aku dah keluar kan makanan aku. Sampai..
Kita semua menyanyi hindustan dalam kelas tuh. Ugh. "Oh my EA Iloveyou."
At last dapat tahu soalan tu SBP. AHA. 
Dalam exam we were like.."KAU NAK APA SIA, SOALAN?"
Memang padan ah result aku jatuh dua gred. 

Banyak lagi yang tersimpan. Ceh. 
Mungkin kita berpuak-puak dalam kelas. 
Tapi taksangka kita satu hati. Satu kepala. 
Ahaha. 


Auchak! Tadaa
Nah, apapung, aku doakan yang terbaik untuk korang. 
Aku akan tolong korang guide subjek korang. As I can lah.
Jaga hubungan dengan  Allah. Dengan manusia sekali. 
Nak juga berjaya sama. Tiba terserempak pulak dekat U. 
Kau rasa?
Okay, tu je ah kot. Alright. Bye. Lol.
ILY <3.








Tetap tenang•
Tuesday, June 17, 2014 | 0 Floatlights

A very good evening, ladies and gentlemen, boys and girls. 
Takpayah nak choral speaking sangat lah kan, Haha.
Here my confession.

Dey, Katak. Kau tahu tak, sejak kau pergi.. Imean sejak kau deact.
Banyak dugaan menimpa aku.
First, dugaan kena relakan kau kejap, even lama sebenarnya bagi aku-.,-.
Second.. perlu ke mention semuanya. Ok takpayah.

Kau tahu Feeq, banyak dugaan perasaan aku kena hadap.
Kalau lah manusia dapat rasa perasaan orang lain, niat sebenar orang lain.
Mesti mereka faham kan? 
Aku cuma nak buat kawan, nak berkawan. 
Kau sendiri tahu aku ni macam mana, friendly, talkactive.

Tapi, bila aku berkawan muncullah perasaan yang aku tak ingin pun. 
Bukan dekat aku, dekat orang yang aku kawan.
Perasaan aku kat kau masih kekal sehingga sekarang okay. HAHA. 
 Dah lah tiba tiba aku dihebohkan dengan sorang mamat ni.
Dia mengaku aku ni awek dia. 
SEDANGKAN.. Aku taktahu apa apa pun. Swear!
Aku sorang ja kena selesaikan kesalahfahaman disini.

Banyak lagi, Feeq. 
Sampai takterkata, aku nak bercerita pun dah naik bosan dengan benda benda ni.
Even aku bosan dengan benda ni, aku nak kau dengan aku.
Stay dengan aku, dengar masalah aku.
Kau kan great listener yang pernah aku ada.
Aku takmampu hadap benda ni sorang sorang, namun tetap sado.
Terpaksa. Kalau kau ada, mesti aku dah cerita.

Aku share, bukanlah nak bagi kau jealous or what.
Cuma, aku taknak ada rahsia antara kita. 
Aku taknak kepercayaan kau hilang kat aku.
Aku jaga kepercayaan kau as kau jaga kepercayaan aku.
Kau takpernah break kepercayaan aku, even ada sekali kau buat hati aku melecet e.o
You keep your words, you keep your promise.

To be honest, ada someone dah buat aku sayang dia. 
Tapi, sayang aku kat dia, taksetaraf sayang aku kat kau.
So, senang lah aku lupakan dia. BD.
TAKE A NOTE, AKU TAKCOUPLE OK. 
Okno. Aku takbodoh okay nak sayang dia bulat bulat.
I don't know him well, and he don't know me well.
So, sangat mustahil orang jatuh cinta dengan kita dengan masa yang saaaangat singkat.
Bak kata Rahul dalam cerita Kuch Kuch Hota He,
"Cinta adalah persahabatan. Tanpa persahabatan, cinta takkan berputik."
Well, bagi aku it's perfect love ok.

Jujur lagi, sejak ex aku game aku, aku dah takpercayakan lelaki.
Aku ragu-ragu, selalu sangka buruk and banyak ah negative things.
Tapi dengan kau, aku takrasa semua tu.
Serious, aku takrasa ragu ragu dengan kau. Tapi kenapa kau kata aku ragukan kau.
Sampai sekarang aku tertanya-2.

Kalau lah kau tahu betapa setianya aku tunggu kau comeback.
Tapi, taktahu lah sama ada penantian aku ni disia-siakan atau dihargai.
Mana tahu, masa kau comeback nanti dah ada orang baru en.
Kalau itu takdir, aku terima dengan hati yang terbentang luas.
Sebab Allah yang bolak balik hati kita.
(; 

Ikutkan hati aku, banyak lagi benda aku nak type kat sini. 
Tapi, biarlah sampai sini ja ah. 
Baki isi hati biarlah dia menjadi rahsia.
Rahsia aku dengan Allah. :)

I trust you because of Allah, Rafeeq.
Please comeback as soon as possible, bae. 

-T T Y L. 




Luahan hati•
Wednesday, May 28, 2014 | 0 Floatlights
 

Kadang kadang hati ini, teringin nak dapatkan apa yang diimpikan. Bukan gadget, bukan apa apa jenis barang. Tetapi, teringin dipandang. Seksanya menjadi bodoh, bukan sahaja mudah diperbodohkan malah disisih dan dipandang rendah. Dan ingatlah, orang bodoh takselamanya bodoh. 

SPM...
Bukanlah sesusah yang disangka ramai remaja. JIKA, mereka fahamkan apa yang cikgu ajar, focus bila cikgu cakap, pandang bila cikgu berbicara. Pasti semuanya berjalan dengan lancar. Hubungan baik dengan manusia juga perlu. Terfikir sejenak, jika SPM pun taklepas, apatah lagi kerja diUniversiti nak siapkan. Usaha, doa dan tawakal itu perlu.

Allah, semoga masalah yang aku hadapi sekarang tidak mengganggu konsentrasi aku untuk belajar. Lapangkanlah dada ku, tenangkan fikiranku.
Kuatkan aku untuk hadapi dugaan yang Kau berikan kepadaku. 
Aku tahu Kau rindukan aku dan Engkau tahu kemampuanku maka kuatkan aku... kuatkan lah aku.
Kau berikanlah aku kesabaran yang seluas langit.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 
Smile and keep the head up. 
Stay strong and forget the problem.
Focus SPM, may dreams come true.

- X O X O L O V E -






Memories•
Tuesday, March 25, 2014 | 0 Floatlights

TEPOK SATO KALEI. TEPOK TEPOK TEPOK SENANG HATI.
TEPOK SATU KALEI. HULU LANGAT, BOLEH!


I miss you..
Isma, Goldfish, Ju, Syamirah, Cyqa, Intan, Pyjaa, Siti, Izzati, Basyee.
Zack, Syasya Solero, Nisa, Farah, Nayli.
Chun, Amin, Afiq, Ustaz, Soleh, Qi, Syabil, Munzir.
Adam, Babyface, Hafiz, Dhamir, Along, Farizan, Thoufik, Spek.

Oklupakan.
Selama 4hari kita bersama, makan minum.
Tolak mandi, tidur. Itu bukan bersama ok. HAHA. 
Masa latihan pusat, rasa macam "Weyh, pesal dorang sombong sangat ni."
Ah sudah. Biarlah dorang. Malas aku nak amek tahu.
Last last kat Sabak Bernam, serious macam satu family.

Ada satu time, takde aktiviti time tu.
Aku, Basyirah, Munzir, dengan Ustaz.
"Ulangkaji pasal Sains jom!"-Aku. "Okjom."-Semua.
"Orait, otak ada berapa sturktur?"-Aku. "Taktahu."-Munzir.
"Ada tiga. Apa struktur dia?"-Basyirah. "Erm, Retina!"-Munzir.
I was like... retina kat otak? Ok. Munzir buat lawak.
Ustaz pun layan.~ 

Alhamdulillah, kami ada nombor.
Kawad kaki campuran, second place. 
Kuiz, champion.
Break and Brawn, champion.
Ikatan dan simpulan, first place.
Aspect challenge, first place. 

Here our medals <3 <3 <3

Selesai sudah Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat peringkat Negeri,
Inilah hadiah kami, kepada cikgu dan jurulatih yang mengajar kami.
Nama negeri Selangor, kami bawa ke Sarawak nanti,
InsyaAllah balik nanti kami bawa something<3.

Terasa sangat kehilangan bila dah ada kat Balai Bomba Pandan Indah.
Jiwa aku rasa macam tertinggal kat Bangi pulak.
Sejujurnya. Ku takbisa, hidup tanpa ada kalian aku... em em.
So yeah! Batch'98, masuk lah perkhemahan Daerah next year.
Korang boleh jadi senior. 
InsyaAllah aku datang tengok korang.
Sebab aku rindu...~ Ok. 

 Byeom.